suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daerah Kuala Terengganu masih dilanda banjir

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir hari ini di semua daerah di Terengganu telah pulih kecuali di Kuala Terengganu yang masih lagi bertahan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata di Marang, semua pusat pemindahan banjir ditutup pukul 8 pagi ini dan kesemua 26 orang yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, di Kuala Terengganu, 91 orang masih berada di tiga buah pusat pemindahan iaitu Sekolah Bukit Tunggal seramai tujuh orang, Sekolah Tok Jiring (5) dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (79).

Beliau berkata, air di sungai utama berada di bawah paras normal kecuali di Sungai Chalok, di Jambatan Penarik yang berada pada paras amaran.

Cuaca di sini hari ini cerah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain