suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

40 premis rumah urut di sekitar Kuantan jadi sarang pelacuran

KUANTAN: Kira-kira 40 premis rumah urut di daerah ini dikenal pasti melakukan pengubahsuaian struktur binaan bilik bagi mengaburi pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti pelacuran.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kebanyakan kegiatan pelacuran itu dijalankan di tingkat atas premis yang sudah diubahsuai itu.

"Kami mengesyorkan supaya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan lesen mereka kerana kita tidak mahu perkara ini terus berlaku selain membantu usaha polis mematahkan kegiatan tidak bermoral ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil serbuan yang dijalankan polis bersama Jabatan Imigresen negeri, pihaknya mendapati kegiatan pelacuran di daerah ini kebanyakannya membabitkan wanita rakyat China.

Sementara itu, Mohd Jasmani berkata polis menerima banyak aduan terutama daripada penduduk Sungai Lembing di sini mengenai kegiatan kafe siber yang menyebarkan gambar pornografi kepada pelanggan.

"Mereka yang mahu melihat gambar pornografi melalui internet dikehendaki membayar dengan harga RM2," katanya.

Beliau percaya kegiatan itu bukan sahaja berlaku di kawasan berkenaan tetapi turut membabitkan pusat internet lain. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain