Salad Tomato Ikan Bilis - Jamu Selera | mStar

Salad Tomato Ikan Bilis

BAGI anda yang mementingkan gaya pemakanan yang sihat, apa kata cuba resipi salad tomato ikan bilis.

Ianya sedap dimakan sebagai sajian pembuka selera anda seisi keluarga.


Bahan-bahan:

3 biji tomato dihiris nipis

1 cawan ikan bilis yang digoreng garing

sedikit jus lemon

sedikit gula

garam secukup rasa

1/2 labu bawang merah dihiris nipis

1 biji cili merah dihiris nipis

5 biji cili padi dihiris nipis

Cara-cara:

Gaul semua bahan dan perahkan lemon. Gaul lagi. Sedia dihidangkan.

salad tomato ikan bilis

Artikel Sebelum

Kerang Merah Ala Thai

Artikel Berikut

Tofu Sayur Stim

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia