suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayuh Menangi Penginapan Dan Makan Malam Di Hotel Le Meridien

PETALING JAYA: Portal berita mStar Online ingin menawarkan peluang kepada pengikut setia atau pembaca  memenangi pelbagai hadiah penginapan mewah dan makan malam eksklusif di hotel bertaraf lima bintang dengan menyertai Peraduan Cari-Cari Makan.

Seramai dua pembaca bertuah akan dipilih memenangi Hadiah Utama Mingguan iaitu penginapan hujung minggu untuk dua orang di ‘Deluxe Room’ Hotel Le Meridien Kuala Lumpur berserta bufet sarapan manakala dua pembaca bertuah lagi akan membawa pulang Hadiah Harian iaitu baucar bufet makan malam di Latest Recipe, Hotel Le Meridien.

Bagi memenangi peraduan itu, pembaca perlu melayari laman peraduan dan 'like' laman Facebook mStar Online, Hotel Le Meridien KL dan Kuali.

Pembaca dikehendaki mencari kata kunci harian, nyatakan kenapa mereka berhasrat untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dan berkongsi penyertaan dengan rakan dan famili untuk mendapatkan undian.

Penyertaan akan diadili berasaskan jumlah undian yang diperoleh selepas setiap hujung minggu dalam tempoh peraduan.

Sebanyak 75 peratus arkah berasaskan undian awam, manakala 25 peratus lagi daripada undian pihak hakim.

Peraduan ini berlangsung dari 20 Oktober hingga 2 November dan mendapat kerjasama daripada Kuali sebagai penganjur bersama dan Le Meridien KL sebagai penaja.

Sila layari laman peraduan untuk menyertainya.

Artikel Berikut

Kaligrafi Kufi Medan Dakwah Cufica

Artikel Lain