suria

Suami Noniswara, bapa mertua MK K-Clique meninggal dunia

Noniswara bersama suaminya, Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

SUAMI kepada aktres Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.

Perkara itu disahkan oleh aktres berkenaan dalam satu hantaran di media sosial miliknya.

Nonis, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

MK K-Clique dan isterinya Siti Hajaar bergambar bersama Allahyarham (tujuh dari kanan) semasa perkahwinan mereka semasa disatukan sebagai suami isteri pada Jun lalu.

MK K-Clique dan isterinya Siti Hajaar bergambar bersama Allahyarham (tujuh dari kanan) semasa perkahwinan mereka semasa disatukan sebagai suami isteri pada Jun lalu.

Allahyarham yang berusia 60 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 10.16 malam di sebuah hospital swasta pada Ahad akibat serangan angin ahmar.

Sheikh sebelum ini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selama 34 hari.

Aktres itu berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya namun tidak dikurniakan cahayamata.

Untuk rekod Sheikh Nordin juga bapa mertua kepada penyanyi MK K-Clique dan artis itu turut berkongsi hantaran berupa ucapan takziah mengenai berita sedih itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya isteri MK anak tiri Noniswara, ucap tahniah suami dapat menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran ‘Datin Seri’ dipertikai... Noniswara jelaskan status sebenar, mengaku bukan isteri kedua

Pada 16 Jun lalu, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dan Siti Hajaar yang merupakan anak Sheikh Nordin daripada perkahwinan terdahulu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Apa yang menarik mengenai Allahyarham, beliau membina sebuah rumah agam iaitu Dato' Syeikh Residences di Kampung Batu Gading, Temerloh inspirasi daripada beberapa buah bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan.

Rumah itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung dan keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam masing-masing sebagai bekalan dunia dan akhirat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain