suria

‘Persona’ perjalanan Yonnyboii cari jati diri, terjemah dalam bentuk 12 buah lagu

Yonnyboii mencari identiti sebenar dalam Persona.

ALBUM terbaharu Yonnyboii berjudul Persona memperlihatkan penyanyi berkenaan mencari jati diri menerusi muzik untuk dikongsi bersama para peminat setianya.

Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, berkata, sepanjang pembikinan album itu juga dia melalui beberapa 'persona' bagi mencari identiti dirinya yang sebenar sehingga ia diterjemahkan dalam 12 buah lagu.

Kesemua lagu di dalam album tersebut tampil dnegan konsep berbeza mengikut personanya yang bervariasi sepanjang proses rakaman.

Tidak hanya itu, Yonny turut menampilkan beberapa kolaborasi bersama artis terkenal seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King dan Adam E.

yonny1 - 1

Yonny muncul dengan album baharu 'Persona'.

"Kesemua mereka yang terlibat memberikan input berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat besar," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Yonny berkata, penghasilan album keduanya itu juga adalah hasil kemenangan Dana Kandungan Digital berjumlah RM200,000 dari MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital.

Ia susulan kemenangannya menerusi Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang diadakan tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram tiba-tiba kosong, pihak pengurusan minta beri Yonnyboii ruang bertenang

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii dedah pernah DM Alyph tapi tak dilayan, impian berkolaborasi akhirnya tercapai

Jelasnya, dana tersebut digunakan untuk setiap aspek pembikinan album tersebut termasuk penerbitan lagu, video muzik dan perbelanjaan pemasaran serta promosi.

Sementara itu, Yonny juga berkongsi dia merakamkan Persona ketika isterinya iaitu Nik Nazira Narriman sedang sarat hamil dan terpaksa membahagikan masa dengan bijak.

Tambah Yonny, dia juga berharap agar album Persona dapat diterima oleh semua pendengar muzik tempatan.

yonny2 - 1

Yonny berharap album baharunya dapat sambutan peminat.

"Pada waktu album ini dihasilkan, masa agak suntuk dan isteri saya sedang hamil kemudian melahirkan cahaya mata pertama kami.

"Saya terpaksa mencuri masa untuk memberi perhatian kepada isteri dan anak selain memastikan album ini siap dengan baik," ujarnya.

Persona sudah mula berada di semua platform digital bermula 22 September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain