Masalah kewangan sering menjadi antara cabaran yang dihadapi sesebuah keluarga, terutama apabila kos sara hidup semakin meningkat. -Gambar hiasan AI
EMPAT beranak ditemukan lemas di sebatang sungai dipercayai meninggal dunia akibat bunuh diri.Dalam kejadian yang berlaku di Piravom, dekat Kerala, India pada Jumaat, pihak berkuasa menemukan dua daripada empat mangsa iaitu seorang wanita dewasa bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun. Sementara itu mayat suami wanita berkenaan pula ditemukan pada Sabtu.Operasi mencari anak perempuan pasangan itu yang berusia tujuh tahun diteruskan sehingga mayatnya berjaya dijumpai pada pagi Ahad.Penemuan mayat kanak-kanak itu sekali gus melengkapkan penemuan empat sekeluarga berkenaan.Hasil siasatan mendapati empat sekeluarga berkenaan menetap di rumah sewa di Kothamangalam.Siasatan turut mendapati keluarga itu baru-baru ini mendapatkan bantuan daripada polis Kothamangalam kerana menghadapi masalah kewangan sehingga tidak mampu membayar sewa rumah.Polis kemudian membantu mengatur tempat tinggal baharu dan keluarga itu dijadualkan berpindah ke kediaman tersebut pada Ahad.Selain itu, penyiasat turut menemui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah restoran di Piravom yang memaparkan keluarga berkenaan sedang menjamu selera di premis itu pada Khamis.Polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga serta individu yang rapat dengan mangsa dan membuka kertas siasatan sebagai kes kematian mengejut. -Agensi