suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancangan nak bunuh bekas teman wanita gagal, lelaki rentung selepas teksi meletup

Keadaan teksi yang marak dijilat api.

SEORANG penumpang lelaki maut terbakar hidup-hidup apabila bahan letupan dibawanya meletup di dalam teksi dinaiki bersama bekas teman wanita.

Kejadian berlaku di daerah Tumakuru, Karnataka, India, pada Sabtu.

Mangsa, Nagendra, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bekas teman wanita dan pemandu teksi mengalami kecederaan.

Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Daerah Tumakuru untuk menerima rawatan.

Menurut polis, Nagendra dan bekas teman wanitanya berpisah baru-baru ini selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Siasatan mendapati Nagendra dipercayai menemui wanita itu di rumah sewanya di Jayanagar, Bengaluru pada pagi Sabtu sebelum memaksanya menaiki sebuah teksi.

Ibu bapa wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian penculikan di Balai Polis Jayanagar.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Ankola, Nagendra didakwa mengugut untuk membunuh bekas teman wanitanya sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.

Polis turut mengesyaki Nagendra membawa bahan letupan bersamanya.

Insiden memuncak apabila Nagendra dipercayai menyerang wanita itu menggunakan pisau ketika teksi masih bergerak.

Pemandu teksi kemudian bertindak pantas memberhentikan kenderaan, sekali gus memberi peluang kepada wanita itu membuka pintu dan menyelamatkan diri.

Beberapa saat kemudian, satu letupan kuat berlaku sebelum teksi itu dijilat api.

Nagendra dipercayai terperangkap di dalam kenderaan dan meninggal dunia akibat rentung.

Letupan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih satu kilometer di lebuh raya berkenaan.

Polis menemui bahan yang dipercayai menyerupai bom di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis bahan letupan, bagaimana ia meletup serta dari mana ia diperoleh. -Agensi 

Artikel Lain