suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 120 kg marah tengok orang lain gemuk, serang wanita bertubuh gempal guna pisau

Suspek mengaku melakukan serangan itu. -Foto Facebook

SEORANG wanita mengalami kecederaan selepas ditetak dengan pisau oleh seorang lelaki pada 27 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Nguyen Thi Ngoc Tram, 29, sedang berjalan di hadapan sebuah kedai di Silom, Bangkok, Thailand.

Mangsa merupakan warga Vietnam yang menetap dan bekerja di Thailand.

Menurut laporan polis, mangsa menerima 14 jahitan selepas diserang di bahagian lengan.

Suspek dikenali sebagai Esana, 30, dari wilayah Lop Buri berjaya ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki paling gemuk di dunia hembus nafas terakhir, berat badan pernah cecah hampir 600kg

Ketika disoal siasat, Esana mengaku melakukan serangan itu kerana tidak menyukai wanita berbadan besar.

Menurut polis, suspek juga seorang yang berbadan besar dan memiliki berat 120 kilogram (kg).

Sewaktu soal siasat, suspek berkata dia mahu menjadi "satu-satunya" individu berbadan besar di kawasan itu.

Suspek turut memberitahu polis dia menjadi marah apabila melihat wanita gemuk berjalan di hadapannya sehingga mendorong serangan itu.

Kes itu mendapat perhatian ramai pada selepas akaun Facebook Big Krian berkongsi video kejadian pada Ahad. -Agensi.

 

Artikel Lain