suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehilangan wanita warga emas terus jadi misteri, kali terakhir dilihat di tebing sungai pada pagi Khamis

Mangsa kali terakhir dilihat di kawasan sungai pada pagi Khamis. -Foto Basarnas Banyuwangi

SEORANG wanita warga emas berusia 66 tahun hilang selepas keluar mencuci pakaian di sungai berhampiran rumahnya pada pagi Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Somi kali terakhir dilihat sekitar pukul 9 pagi ketika membasuh pakaian di Sungai Setail, Jawa Timur, Indonesia.

Menurut penyelaras Pasukan Mencari dan Menyelamat (Basarnas) Banyuwangi, Wahyu Setia Budi, satu laporan dibuat selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

"Suaminya bersama penduduk kampung berusaha mencari mangsa, tetapi tidak menjumpainya. 

"Ketika mencari di kawasan sungai, kami menemui pakaian, peralatan mencuci dan sepasang selipar. Namun, mangsa tiada di situ," katanya.

Operasi dijalankan oleh anggota Basarnas dengan bantuan pasukan Polis Air dan Udara (Polairud), sukarelawan bencana, serta penduduk kampung.

Setakat ini, pencarian masih difokuskan di kawasan sekitar lokasi terakhir mangsa mencuci pakaian serta sepanjang aliran sungai, kerana mangsa dipercayai dihanyutkan arus. - Agensi.

Artikel Lain