suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gembira bertukar panik! 23 pengunjung cedera, permainan di taman tema patah dua sebelum terhempas ke tanah

Permainan '360 Degrees' itu dikatakan bergerak pada kelajuan yang tinggi sebelum terpatah dua dan terhempas. -Foto Khaleej Times

SERAMAI 23 pengunjung cedera akibat permainan dinaiki mereka di sebuah taman tema, terpatah dua ketika sedang berpusing. 

Insiden dilaporkan berlaku di Green Mountain Park di Taif, Arab Saudi pada Khamis.

Video tular di laman sosial menyaksikan para pengunjung seronok menikmati tarikan taman tema yang dikenali sebagai ‘360 Degrees’ itu sebelum keadaan bertukar panik selepas permainan berkenaan yang berputar patah kepada dua bahagian dan terhempas ke tanah. 

Saksi kejadian mendakwa struktur permainan itu mula hilang kawalan sebelum terhempas.

Kesemua mangsa yang terlibat menerima rawatan awal di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Dalam pada itu, Gabenor Taif, Putera Saud bin Nahar mengarahkan penutupan serta-merta taman tema itu susulan insiden berkenaan. -Agensi

Artikel Lain