suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas 70 tahun tembak anak hingga maut, berang isu kewangan dibangkitkan

Polis akan berusaha menjejak penjenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 70 tahun didakwa menembak mati anaknya menggunakan senapang berlesen berikutan pertikaian mengenai pembahagian wang.

Tertuduh kemudiannya ditahan pada Ahad di kampung Cherapur, India.

Menurut Superintendan Polis Abimanyu Manglik, mangsa Tananjay Dubey, 47, dipercayai pulang ke kampungnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di Maharashtra tempat dia bekerja.

Namun tanpa diduga berlaku pertengkaran antaranya dan suspek berhubung masalah kewangan pada malam Sabtu.

Suspek kemudiannya melepaskan dua das tembakan semasa pertengkaran itu yang mana tembakan kedua terkena mangsa. 

Susulan itu, mangsa segera dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Abimanyu berkata, kes pembunuhan telah didaftarkan terhadap suspek selepas laporan bedah siasat difailkan oleh anak lelaki si mati.

"Kami menahan suspek dari kediamannya dan merampas senjata yang digunakan dalam jenayah itu. 

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," tambahnya. -Agensi

Artikel Lain