suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Culik dan rogol budak perempuan 10 tahun, pemandu ambulans ditahan polis

Mangsa rogol akan mengalami trauma untuk jangka masa panjang. -Gambar hiasan

POLIS menahan dua remaja, termasuk seorang pemandu ambulans berusia 19 tahun atas dakwaan menculik dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pathanamthitta, Kerala pada petang Ahad lalu.

Menurut polis, suspek utama iaitu pemandu ambulans menculik mangsa sekitar pukul 6 petang berhampiran rumahnya.

Suspek didakwa membawa mangsa ke sebuah rumah terbiar di Chennamputhur, dan kemudian merogolnya bersama seorang lagi remaja berusia 15 tahun.

Hasil keterangan mangsa, polis berjaya memberkas kedua-dua suspek kira-kira jam 2 pagi Isnin.

Kedua-duanya kini ditahan bagi membantu polis melakukan siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain