suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk lari rumah, merajuk anak tak izin kahwin lagi

Setiap individu sama ada muda ataupun tua pasti mempunyai keinginan untuk berpasangan. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas berusia 65 tahun bertindak melarikan diri dari rumah kerana hasratnya untuk berkahwin semula mendapat tentangan anaknya.

Menurut polis, lelaki tersebut bagaimanapun 'singgah ' di balai polis selepas hampir 12 jam dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Ciputat Timur, Jawa Indonesia.

Ketua Polis Daerah Ciputat Timur, Komisioner Bambang Askar Sodiq berkata, warga emas itu kelihatan seperti bingung ketika datang ke balai polis.

"Dia meminta minum dan sempat memberikan alamat rumahnya. Ketika ditanya lebih lanjut, dia mengaku masih ingat di mana dia tinggal," ujar Bambang.

Pihak polis kemudian segera menghantar warga emas tersebut ke rumah anaknya sekitar pukul 1 pagi.

Menurut keterangan keluarganya, warga emas itu meninggalkan rumah pada pukul 12.00 tengah hari, pada hari yang sama.

Mereka berusaha mencarinya di beberapa terminal bas, namun gagal.

Sumber keluarga warga emas itu mendedahkan, dia bertindak melarikan diri kerana anaknya menentang hasratnya untuk berkahwin lagi. -Agensi

Artikel Lain