suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertengkaran berakhir tragedi... Pelajar maut ditolak rakan sekelas, selisih faham isu tempat duduk dalam bas

Perselisihan faham boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan hingga berlaku kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan

PERTENGKARAN kecil mengenai tempat duduk dalam bas sekolah bertukar tragedi selepas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia gara-gara bergelut dengan rakan sekelasnya.

Menurut polis, insiden bermula apabila mangsa dan rakannya bertelagah mengenai susunan tempat duduk di dalam bas sekolah mereka.

Pertengkaran yang pada awalnya kelihatan biasa menjadi tegang dan mangsa didakwa ditolak dengan kuat sehingga menyebabkannya terjatuh serta kepalanya terhantuk.

Walaupun segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Salem, Tamil Nadu pada Rabu lalu.

Susulan insiden berkenaan, pihak polis menahan rakan mangsa untuk dihadapkan ke Lembaga Kehakiman Juvana.

Artikel Lain