suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 17 tahun dibunuh, kenalan tak puas hati susulan perkongsian di Instagram

Pergaduhan boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki didakwa membunuh remaja lelaki berusia 17 tahun susulan pertelingakah berhubung hantaran di Instagram, kata polis pada Isnin.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu di kampung Pimpalgaon, daerah Wardha, Maharashtra.

Menurut polis, kejadian berpunca apabila mangsa dan tertuduh membuat perkongsian di Instagram Story, yang meminta para pengikut mereka membuat undian tentang satu topik.

Bagaimanapun, pihak polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkongsian berkenaan.

Difahamkan, mangsa mendapat lebih undian mengatasi tertuduh dan perkara tersebut mencetuskan pertelingkahan.

Ketika kedua-duanya bertemu pada Sabtu untuk membincangkan perkara berkenaan lebih lanjut, pertengkaran kembali tercetus dan tertuduh bersama rakannya didakwa menyerang mangsa menggunakan pisau hingga menyebabkan kematian.

Tertuduh kemudiannya ditahan dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain