suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakit hati tak dapat daging, pekerja tanah perkuburan tinggalkan mayat reput depan kedai

Mayat reput yang ditinggalkan di hadapan sebuah kedai. Foto Indiatoday

GARA-GARA tidak berpuas hati, seorang lelaki bertindak meninggalkan mayat reput di luar sebuah kedai daging selepas pemilik kedai berkenaan enggan memberikan daging kepadanya.

Menurut polis, dalam kejadian pada Ahad, lelaki berkenaan yang juga seorang pekerja di sebuah tanah perkuburan pergi ke kedai tersebut untuk meminta daging, namun permintaannya ditolak oleh pemilik kedai.

Sakit hati dengan tindakan pemilik kedai tersebut, lelaki berkenaan berlalu pergi dan kemudian dia kembali dengan membawa mayat yang dipercayai digali dari tanah perkuburan yang terletak berdekatan.

Dia meninggalkan mayat tersebut di hadapan kedai sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Insiden berlaku di Palani Chettipatti di Tamil Nadu, India.

Pihak berkuasa yang mendapat maklumat berkenaan segera ke lokasi dan menghantar kembali mayat tersebut ke tanah perkuburan menggunakan van jenazah.

Usaha giat sedang dijalankan bagi memburu pekerja tanah perkuburan berkenaan.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar tindakan tersebut dan memastikan individu yang terlibat diambil tindakan sewajarnya. -Agensi

Artikel Lain