suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat hilang akhirnya ditemukan, kesemua penumpang dan juruterbang terbunuh

Serpihan pesawat Cessna 208 Caravan yang ditemukan pada Jumaat. -Foto AP

SERPIHAN pesawat komersial kecil yang dilaporkan hilang di Alaska telah ditemukan pada Jumaat, namun kesemua 10 penumpang termasuk seorang juruterbang disahkan terbunuh.

Jurucakap Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG), Mike Salerno berkata, pasukan penyelamat berjaya menemukan lokasi nahas pesawat Cessna 208 Caravan dari helikopter mereka ketika melakukan misi pencarian di kawasan terakhir ia dilaporkan hilang.

"Pencarian dilakukan oleh beberapa pasukan yang terlibat, termasuk Pengawal Kebangsaan Alaska, Pasukan Tentera Negeri Alaska dan Jabatan Bomba Sukarelawan Nome dan pasukan pencarian tempatan," tambah Salerno dalam satu kenyataan rasmi.

Pesawat Cessna 208 Caravan itu dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Unalakleet ke Nome, sebelum dilaporkan hilang pada petang Khamis (waktu tempatan).

Data daripada FlightRadar menunjukkan pesawat itu kali terakhir melaporkan maklumat pada pukul 3.16 petang di Norton Sound.

Artikel Lain