suria

Mayat wanita berbalut kain cadar ditemukan dalam almari, dipercayai dibunuh

Mayat seorang wanita ditemukan di sebuah rumah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditemukan meninggal dunia di dalam almari di sebuah rumah.

Mayat mangsa ditemukan pada Isnin, dipercayai dibunuh oleh pemilik rumah.

Kejadian berlaku di Cibarusah, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat di Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Kombes Pol Ade Ary Syam Indradi pada Rabu memberitahu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berbalut dengan kain cadar, diletakkan di dalam almari.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kehilangan remaja perempuan terjawab, mayat ditemukan reput di warung terbiar... Polis dedah motif pembunuhan

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat doktor ditemukan berlumuran darah dalam bilik, dua penyewa rumah mangsa ‘ghaib’

Menurutnya, mangsa yang merupakan pegawai koperasi pada mulanya datang ke rumah untuk mengutip hutang pinjaman yang tertunggak.

"Suspek ketika itu mencekik mangsa hingga mati. Mayat mangsa kemudian disembunyikan di dalam almari," katanya.

Beliau menambah, mangsa ditemukan ketika saksi mencarinya kerana tidak pulang ke rumah.

"Saksi mencari mangsa kerana tidak ke rumah. Apabila mangsa sudah meninggal dunia, kemudian suspek melarikan diri," katanya.

Suspek kini sudah ditahan polis dan kes tersebut dalam siasatan. -Agensi

Artikel Lain