suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 maut insiden tembakan di sekolah, suspek antara yang terbunuh

Pihak berkuasa melakukan siasatan di lokasi insiden tembakan. -Foto Reuters

KIRA-KIRA 10 orang disahkan maut termasuk seorang lelaki bersenjata dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan di tengah Sweden, menurut pihak polis.

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson, menyifatkan serangan yang berlaku pada Selasa di sekolah Risbergska di Orebro, sebagai 'tembakan besar-besaran paling dahsyat dalam sejarah Sweden'.

Polis mengesahkan suspek utama insiden tembakan tersebut dipercayai antara yang terbunuh.

Tiada motif yang jelas dapat dikenal pasti dan pihak polis percaya lelaki itu bertindak sendirian.

Polis turut memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin akan terus meningkat kerana beberapa mangsa dilaporkan cedera parah.

Beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital, dengan sekurang-kurangnya empat daripadanya menjalani pembedahan.

Pihak berkuasa membuka siasatan di bawah kes cubaan membunuh, pembakaran, dan kesalahan senjata yang berat.

Artikel Lain