SEORANG wanita yang dilaporkan hilang sejak 23 Januari lalu dirogol dan dicekik sehingga mati oleh abang ipar dan dua yang lain. Polis memaklumkan mayat wanita itu juga dibakar oleh suspek dalam usaha memusnahkan bukti, pada Sabtu. Tertuduh utama iaitu abang ipar mangsa telah ditahan, manakala dua lagi rakannya sedang diburu pihak berkuasa. "Siasatan mendapati suspek utama iaitu suami kepada kakak mangsa mendesak si mati untuk berkahwin dengannya. "Tertuduh bersama rakan-rakannya, mengumpan wanita itu keluar dari rumahnya, merogolnya beramai-ramai dan kemudian mencekiknya hingga mati. "Mereka kemudian didakwa membakar mayatnya dalam usaha untuk memusnahkan bukti," kata polis. Kejadian berlaku di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh di India. Suspek utama yang ditahan mengaku melakukan jenayah terbabit. "Mayat wanita yang hangus telah ditemui dan pemeriksaan forensik sedang dijalankan. "Usaha mengesan dua lagi suspek sedang dijalankan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat," katanya.-Agensi