suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 19 tahun meninggal dunia didera secara fizikal, seksual… Polis tahan teman lelaki bantu siasatan

Mangsa penderaan seksual akan mengalami trauma dan dalam sesetengah kes, ia mengakibatkan kematian. -Gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 19 tahun yang didera secara seksual dan fizikal oleh teman lelakinya, meninggal dunia pada Jumaat akibat kecederaan yang dialaminya, kata polis.

Mangsa pada mulanya ditemui dalam keadaan cedera parah di rumahnya di Chottanikkara, India pada Isnin.

Dia segera dikejarkan ke hospital swasta di Kochi pada hari yang sama dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada petang Jumaat, selepas empat hari mendapatkan rawatan.

Polis turut mengesahkan teman lelaki mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan pada Rabu lalu.

Seorang pegawai balai polis Chottanikkara berkata, teman lelaki mangsa bakal didakwa atas tuduhan membunuh selepas inkues dan bedah siasat selesai, serta kenyataan doktor direkodkan.

Artikel Lain