suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris kena kemaluan, lelaki rebah ditembak di pusat karaoke kerana cemburu

Polis menjalankan siasatan di sebuah pusat karaoke iaitu lokasi kejadian tembakan berkenaan.

SEORANG lelaki berusia 40 tahun parah selepas ditembak pada bahagian pangkal paha, dalam kejadian di sebuah pusat karaoke.

Menurut polis, motif di sebalik kejadian adalah disebabkan cemburu.

Hasil siasatan awal, suspek dikatakan mempunyai perasaan terhadap salah seorang pelayan bar dan mahu wanita tersebut memberikan perkhidmatan secara eksklusif kepadanya.

Namun wanita berkenaan turut melayan mangsa dan rakan-rakannya yang duduk di meja berdekatan.

Tanpa diduga, suspek mengeluarkan pistol dan menembak mangsa menyebabkannya rebah ke tanah.

Dalam satu rakaman video yang tular, suspek dilihat menjerit marah sambil melarikan diri dari bar.

Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat, malam Rabu lalu.

Tembakan yang dilepaskan hampir mengenai kemaluan mangsa, dan dia yang menerima rawatan di Hospital Portanklaivajasit kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil

Polis sedang menyiasat kes berkenaan dan sedang giat mengesan suspek.

Artikel Lain