suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangkap ikan di jalan berlubang, Jabatan Kerja Raya terus mahu baiki infrastruktur

Video yang menjadi tular di TikTok. -@pancho_naureen

REZEKI seseorang itu boleh datang daripada tempat yang tidak disangka-sangka.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki dilihat menangkap ikan di jalan yang berlubang.

Lebih menarik apabila lelaki itu diperhatikan menangkap ikan menggunakan kedua-dua tangannya tanpa memerlukan bantuan alat seperti joran.

Kejadian berlaku di Watudakon, Kasamben, Indonesia pada Rabu lalu.

"Jalan yang rosak dan tidak lagi digunakan menyebabkan banyak ikan membiak di dalam lubang itu," katanya.

Namun video lelaki terbabit yang menjadi tular berjaya mendapat perhatian Ketua Jabatan Kerja Raya dan Perancangan Ruang Jombang, Bayu Pancoroadi.

"Pembaikan jalan akan segera dilakukan," ujarnya. -Agensi

Artikel Lain