suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori sampah rempuh pasar raya libat 5 mangsa, wanita sedang ‘membuang’ terpelanting keluar dari tandas

Kemalangan lori sampah di sebuah pasar raya.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya apabila sebuah lori sampah merempuh pasar raya yang dipenuhi pengunjung.

Lima orang dilaporkan cedera setakat ini dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 2.12 petang (waktu tempatan) di bandar Bergen Utara, Hudson, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap polis, sebelum merempuh pasar raya, lori sampah berkenaan terlibat kemalangan dengan sebuah treler di lebuh raya sehingga mengakibatkannya hilang kawalan.

"Rempuhan itu 'menebuk' satu lubang besar di tepi bangunan pasar raya, ia mencederakan lima orang.

"Tiada kematian dilaporkan dan semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

"Seorang wanita mengalami kecederaan parah kerana tercampak keluar dari tandas ketika nahas berlaku," jelasnya. -Agensi

Artikel Lain