suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tahan mahasiswi jurusan perubatan, didakwa gugurkan bayi sendiri

Kebanyakan kes pengguguran bayi adalah disebabkan belum adanya ikatan pernikahan. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar jurusan perubatan ditahan polis kerana didakwa menggugurkan kandungannya dengan sengaja.

Memetik laporan Detik, mahasiswi sebuah institusi pengajian di Kota Mataram, Indonesia yang berusia 26 tahun itu ditahan selepas keadaannya stabil setelah dirawat di hospital kerana mengalami pendarahan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mataram, Iptu Eko Ari Prastya berkata, kejadian terbongkar selepas seorang penghuni rumah sewa menemukan mayat seorang bayi pramatang dalam bilik sewa suspek.

Ketika itu, suspek berada dalam keadaan lemah kerana mengalami pendarahan.

Ujarnya, penghuni tersebut kemudian segera membawa suspek ke Rumah Sakit Kota Mataram untuk mendapatkan rawatan.

"Bayi itu meninggal dunia pada usia kandungan enam bulan, dan merupakan seorang bayi perempuan.

"Suspek mengaku melakukan pengguguran bersendirian dengan menelan pil untuk mempercepatkan proses kelahiran," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain