suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki digantung secara terbalik, dibelasah penduduk kampung kerana curi basikal

Penduduk kampung membelasah dan menggantung lelaki berkenaan di atas pokok sebagai pengajaran. -Foto NDTV

SEORANG lelaki digantung secara terbalik di atas pokok dan dibelasah oleh penduduk kampung kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri basikal.

Insiden itu berlaku di kampung Bhakharpura di kawasan Gudha Malani, Rajasthan, India pada Jumaat.

Memetik laporan media tempatan, lelaki tersebut pernah ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin dalam kes kecurian berasingan, penghujung Disember lalu.

Beberapa hari selepas dibebaskan, penduduk kampung menuduhnya terlibat dengan kes kecurian yang baharu, namun dia menafikannya.

Namun penduduk kampung bertindak menangkap lelaki tersebut dan menggantungnya di atas pokok sebagai pengajaran atas jenayah yang dilakukan.

"Penduduk kampung kemudian membelasah lelaki itu. Mereka juga membuat rakaman video yang kini menjadi tular," kata seorang penduduk kampung.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain