SEORANG lelaki maut selepas jatuh terjunam ke dalam air ketika melakukan aktiviti parasailing. Kejadian dilaporkan berlaku di Pantai Karon, daerah Mueang, Phuket, pada petang 5 Januari lalu. Memetik laporan media tempatan, mangsa yang merupakan jurupandu parasailing terjatuh dari ketinggian yang dianggarkan setinggi bangunan 15 tingkat. Mangsa yang dikenali sebagai Pathompong, 31, dikatakan cuba memegang tali payung parasailing dengan tangan dan menggunakan kakinya untuk menyokong seorang pelancong, sebelum hilang keseimbangan dan jatuh ke dalam laut. Selepas terjatuh, Pathompong segera dikejarkan ke Hospital Patong. Penilaian awal oleh doktor yang melakukan bedah siasat mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. Sehubungan dengan kejadian tersebut, pasukan penyiasat dari Balai Polis Patong dan Balai Polis Karon bekerjasama untuk menjalankan siasatan. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube