suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu jumpa mayat anak dalam bilik, leher dijerut wayar elektrik... Sejarah kesihatan jadi petunjuk siasatan

Keadaan di sekitar lokasi kejadian.-Foto The Phuket News

SEORANG lelaki berusia 29 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam rumahnya di Jalan Pisit Gorani, Thailand pada pagi Jumaat.

Penemuan mengejutkan itu dibuat oleh ibu kepada mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Ritthakiat Petchploy ditemukan oleh anggota perubatan dengan wayar elektrik menjerut lehernya

Pegawai penyiasat berkata tiada kesan pergelutan pada badan mangsa atau kesan pecah masuk di dalam rumah yang boleh mencadangkan wujud unsur jenayah.

Menurut ibu kepada mangsa yang dikenali sebagai Saithip Samnam, dia meninggalkan rumah sekitar pukul 6 pagi untuk membeli sarapan, apabila dia pulang satu jam setengah kemudian, dia mendapati bilik anaknya sudah berkunci.

Si ibu seterusnya cuba menjenguk menerusi tingkap, dia terkejut apabila melihat anaknya sudah tidak sedarkan diri, dia langsung menghubungi pihak polis.

Dalam pada itu, ibu mangsa turut mendedahkan anaknya mempunyai sejarah kesihatan berkaitan masalah mental dan pernah dua kali cuba membunuh diri.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain