SEORANG tukang emas maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh kenalannya, gara-gara berselisih faham berhubung satu transaksi emas. Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Hussainpura Chowk, Amritsar, India, pada Jumaat, lapor Indiatoday. Menurut polis, kejadian bermula apabila suspek yang juga merupakan seorang tukang emas, datang ke premis mangsa bersama keluarganya. Semasa berurusan berkaitan satu transaksi emas, pertengkaran tercetus antara mangsa dan suspek. Suspek bertindak meninggalkan premis mangsa sebelum kembali semula beberapa jam kemudian bersama sepucuk pistol dan melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa. Mangsa rebah dan mati di tempat kejadian akibat luka tembakan di kepala. Rakaman daripada kamera litar tertutup premis ketika kejadian tular di media sosial. Tambah polis, suspek dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain. Polis sudah pun menahan suspek untuk siasatan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube