suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Punca kematian bayi dalam kandungan, remaja 17 tahun bakal hadapi hukuman berat... Mahkamah kuatkuasa Undang-Undang Sophie

Undang-Undang Sophie melindungi bayi dalam kandungan. -Gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 17 tahun didakwa menyebabkan kematian bayi dalam kandungan selepas kemalangan kereta di Ipswich, Queensland, Australia awal tahun ini.

Kemalangan tersebut telah mengubah hidup Haylee Loccisano, seorang wanita berusia 25 tahun, yang dikejarkan ke hospital akibat kecederaan serius sementara bayinya dalam keadaan kritikal.

"Saya hanya memberi tumpuan kepada dia, dan dia tidak bergerak," kata Loccisano.

Berada dalam keadaan koma selama seminggu, dia yang kembali sedar dimaklumkan tentang bayinya, Celeste, telah meninggal dunia.

Terdahulu, mengikut pertuduhan, gadis 17 tahun yang memandu kereta dan melanggar Loccisano mungkin menerima hukuman berat berikutan pengenalan Undang-Undang Sophie.

Undang-undang itu dihasilkan selepas kematian bayi Sarah dan Peter Milosevic, Sophie, akibat pemandu mabuk pada tahun 2014.

Sebelum ini, undang-undang tidak mengiktiraf anak dalam kandungan.

Undang-Undang Sophie diperkenalkan untuk mengiktiraf kematian bayi yang belum lahir akibat tindakan jenayah. - 9 News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain