suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang ajakan hubungan intim ditolak, lelaki pukul isteri hingga maut... Rancang pembunuhan di rumah mentua

Mayat mangsa ditemukan tertiarap dan ditutupi plastik.

AKIBAT cemburu buta, seorang lelaki bertindak memukul bahagian belakang kepala isterinya sehingga maut.

Kejadian pada malam Selasa itu terbongkar selepas mayat mangsa yang ditutup dengan plastik, ditemukan di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Sidoarjo, Pesuruhjaya Polis Christian Tobing, tragedi menyayat hati itu berlaku berikutan suspek cemburu melihat mangsa yang berusia 33 tahun menghantar mesej pada lelaki lain.

Suspek juga bertindak merebut telefon mangsa sehingga berlaku pertengkaran.

Susulan daripada itu, mangsa pulang ke rumah ibu bapanya sebelum diikuti suspek.

"Sepanjang tempoh itu, suspek cuba merapati mangsa termasuk melakukan hubungan intim, namun mangsa menolaknya.

"Ajakan untuk pulang ke rumah mereka juga ditolak, mangsa juga mengeluarkan ayat yang menyinggung hati suspek sehingga dia beranggapan mangsa berlaku curang," katanya.

Menurut Christian, suspek yang terganggu dengan sikap mangsa mula merancang insiden pembunuhan di belakang rumah mentuanya.

"Pada malam kejadian, suspek kononnya meminta pertolongan mangsa memegang motosikal sebelum memukulnya di bahagian belakang kepala menggunakan buluh, beberapa kali.

"Dia kemudian melarikan diri ke tempat kerjanya sebelum ditahan pada keesokan hari. Ia susulan mayat mangsa ditemukan seorang lelaki yang cuba membaiki saluran paip berhampiran rumah mangsa," tambahnya. - Tribune Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain