suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terhempas selepas hilang komunikasi, 4 individu disahkan maut

Pesawat terlibat nahas milik syarikat penerbangan Indonesia.

EMPAT mangsa disahkan maut terdiri daripada seorang juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera dan penumpang selepas sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terlibat nahas pada Ahad.

Pesawat terbabit dipercayai terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi, Indonesia.

"Pesawat jenis PK SMH itu terhempas selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan udara, AirNav Makassar.

"Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin Gorontalo pada 7.30 pagi menuju ke Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato.

"Namun, ia terputus hubungan sebelum dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato," kata Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Gorontalo dalam satu kenyataan pada Ahad.

Punca nahas masih dalam siasatan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain