HANYA kurang seminggu sebelum bergelar isteri, seorang gadis berusia 21 tahun mati dibunuh. Kematian mangsa gara-gara menolak cinta seorang lelaki yang juga berusia 21 tahun. Mayatnya ditemukan di rumah suspek, susulan satu pertemuan membabitkan telefon bimbit. Mangsa dikatakan dikelar di bahagian leher hingga mati. ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta tragis, lelaki ditemukan tidak bernyawa atas buaian... Tembak tembus kepala ARTIKEL BERKAITAN: Tolak pelawaan seks, lelaki bunuh wanita warga Korea di hotel... Guna bantal untuk lemaskan mangsa Kejadian berlaku di Kabupaten Pati, Jawa Tengah di Indonesia. Difahamkan, mangsa bakal berkahwin dengan seorang jejaka pada 10 Jun depan. Malah, keluarga mangsa juga tidak merestui hubungan anak mereka dengan suspek. Menurut ibu mangsa, anaknya dan suspek hanya sekadar kawan biasa. Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati, Komisioner M Alfan Armin berkata, berdasarkan siasatan awal, motif suspek adalah cemburu kerana cintanya ditolak dan mangsa mahu berkahwin dengan lelaki lain. Menurutnya, suspek kini ditahan dan kes masih dalam siasatan. Sebagai peringatan, perbuatan membunuh salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube