suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawan datang ziarah tapi rumah berkunci, dua beradik warga emas rupanya mati dibunuh... Ada kesan luka di kepala

Polis membuka siasatan berhubung kes kematian dua beradik itu.

DUA beradik lelaki yang gagal dihubungi rakan mereka ditemukan mati dibunuh di sebuah rumah di pada Ahad.

Menurut laporan media tempatan, polis membuka kertas siasatan berhubung kematian dua beradik itu.

Mangsa, Takemi Sugawara dan adiknya Tsutae berasal dari Wilayah Iwate, Jepun dan berusia dalam lingkungan 60-an hingga 70-an, kata polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar pelik posisi tak berubah di meja, pensyarah ditemukan tidak bernyawa... Sempat mengadu sakit sebelum ajal

Kedua-dua mangsa bekerja dalam sektor pertanian dan menetap di selatan Paraguay, lapor Kyodo News.

Mereka ditemukan mati dengan kesan luka di kepala di sebuah rumah di Itapua, kawasan yang menjadi penempatan kepada ramai pendatang Jepun di Paraguay.

Seorang kenalan Tsutae menghubungi polis pada hari yang sama selepas dia mendapati pintu rumah berkunci dan tidak dapat menghubunginya, walaupun Tsutae memintanya datang melawat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain