suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedai piza diserbu kerana terlalu kotor, pegawai kesihatan jumpa bangkai tikus di dapur

Kedai pizza itu didenda kerana gagal mencapai piawaian kebersihan yang ditetapkan. -Gambar hiasan

SEBUAH kedai piza diarah tutup selepas pihak berkuasa mendapati ia gagal mencapai piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Menurut laporan, pegawai kesihatan menemui najis tikus di dalam kotak piza ketika melakukan pemeriksaan mengejut di premis itu.

Mereka juga mendapati terdapat beberapa lubang di premis berkenaan yang membolehkan tikus keluar masuk dengan bebas.

Malah, makanan tamat tempoh turut dibiarkan di belakang peti sejuk yang menjadi punca kehadiran tikus.

Susulan pemeriksaan mengejut itu, kedai piza berkenaan diberikan notis amaran dan didenda oleh pihak berkuasa.

Mereka didakwa atas tiga kesalahan iaitu gagal menjaga kebersihan premis, mengabaikan kehadiran haiwan perosak dan gagal menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk kakitangan mencuci tangan.

Bagi jumlah penalti keseluruhan, premis piza di Chapel Street di Prescot, Merseyside, England itu perlu membayar sebanyak £35,942.81 (RM215,675.59).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain