suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran perkenal pai ‘terjojol’ kepala ayam, sajian unik elak pembaziran

Restoran menyediakan hidangan unik pai berkepala ayam.-Gambar INSTAGRAM/FOWL

SEBUAH restoran mewah mengejutkan para pelanggan apabila memperkenalkan pai unik menggunakan kepala ayam yang dilihat seperti 'terkeluar' pada bahagian atas hidangan.

Diberi nama Le Grand Coq Pie, sajian berharga AS$42 (RM198) itu berintikan hati, limpa, sayap dan kaki ayam.

Ia diperkenalkan oleh cef warga Perancis, Pierre Koffmann, 75.

Hidangan tersebut menggunakan setiap bahagian ayam bagi mengelakkan pembaziran.

Malah, restoran yang terletak di London, United Kingdom itu menerima pelbagai reaksi daripada pelanggan, ada yang memuji dan segelintirnya mengkritik hidangan tersebut.

Pelanggan juga boleh mendapatkan hidangan eksotik lain seperti Chicken Leg Corn Dog pada harga AS$30 (RM141) di mana kaki burung itu masih melekat pada bahagian paha (drumstick).

Bagi pencuci mulut, pengunjung boleh memilih karamel krim lemak ayam berharga AS$15 (RM70) yang disaluti dengan serbuk kulit ayam.

Pendekatan yang diamalkan restoran berkenaan turut dipuji sebagai usaha mengelakkan pembaziran.

“Bagi saya, tiada masalah makan pai dengan kepala ayam pai dan kaki masih melekat pada drumstick.

"Ini tentunya lazat dan menunjukkan cara makan dari atas hingga bawah, yang kita semua perlu lakukan!" komen netizen. -NEWS.COM

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain