suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permainan ‘flying fish’ bawa maut... Lelaki terkorban jatuh laut depan isteri, 3 anak

Flying fish merupakan permainan air yang mencabar adrenalin. -Gambar Alfonso giostanov/d'Traveler

MALANG tidak berbau.

Seorang pelancong Jepun yang sedang bercuti di Bali, Indonesia meninggal dunia ketika bermain permainan air ekstrem di lokasi peranginan itu.

Kikuchi Satoshi, 60, maut selepas terjatuh dia ke dalam laut ketika sedang menaiki pelampung 'flying fish' di Pantai Tanjung Benoa, Kuta Selatan.

Kejadian itu turut disaksikan oleh isteri serta tiga orang anaknya.

Wayan Simpen, salah seorang pemandu PT Bali Coral Dive dan Marine Sport di Pantai Tanjung Benoa mengesyaki kejadian tragis itu berpunca daripada cuaca buruk.

Simpen berkata, angin tiba-tiba kencang ketika Satoshi bermain permainan itu pada Jumaat.

"Semalam mendung. Angin (tiba-tiba) kencang," kata Simpen.

Pelampung yang digelar 'flying fish' itu merupakan permainan air yang mencabar adrenalin kerana ia akan terangkat ke udara apabila ditarik dengan laju oleh bot. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain