suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara tersalah sangka, lelaki tikam sepupu sendiri... Melutut semasa gambar dirakam polis

Suspek ditahan polis di tempat kejadian.

AKIBAT tersalah sangka dengan isterinya, seorang lelaki bertindak menikam sepupu sendiri selepas mengesyaki kedua-duanya telah menjalinkan hubungan sulit bersama.

Mereka pada awalnya hanya bertengkar sebelum suspek mengeluarkan pisau dan menikam mangsa sehingga maut.

Menurut pegawai polis Medan Timur, Rona Tambunan, mereka menerima panggilan berhubung pergaduhan antara mangsa dan suspek.

Pun begitu, setibanya di lokasi di Simpang Jalan Perwira 1 di Kota Medan Indonesia, mangsa telah ditemukan terbaring bersama kesan tikaman.

"Suspek cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis.

"Mangsa yang dibawa ke hospital berhampiran bagaimanapun disahkan meninggal dunia," ujarnya.

Tambahnya, suspek berusia 38 tahun bagaimanapun kesal dengan perbuatannya dan melutut ketika gambarnya ditangkap untuk rekod polis.

Katanya lagi, punca kejadian masih dalam siasatan. - Medan Tribune

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain