suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita panjat tiang elektrik selepas kecewa bertengkar, BF terpaksa ikut sama untuk pujuk

Anita memanjat tiang elektrik setelah bergaduh dengan kekasihnya.

GARA-gara kecewa akibat pertengkaran dengan teman lelaki, seorang wanita nekad memanjat tiang elektrik setinggi 24 meter.

Kejadian yang mecemaskan sehingga tular di media sosial itu berlaku di India.

Dilaporkan, tindakan itu dilakukan oleh seorang wanita bernama Anita selepas bertengkar dengan teman lelakinya.

Katanya dia berasa kecewa (atas sebab tertentu) dengan kekasihnya selepas pertengkaran lalu memutuskan untuk memanjat tiang elektrik berdekatan.

Menurut portal Thaiger, ada yang percaya ia merupakan cubaannya untuk membunuh diri.

Teman lelakinya cuba memujuknya supaya turun tetapi gagal.

Akhirnya dia kemudian memutuskan untuk memanjat tiang elektrik juga dalam usaha untuk memujuk dan berbincang dengan teman wanitanya.

Situasi begitu mencemaskan apabila polis tiba di lokasi kejadian dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain