suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri mengamuk potong zakar, suami merana tuntut ganti rugi RM167,000

Seorang didakwa atas tuduhan memotong zakar suaminya.

SEORANG lelaki di Indonesia menuntut ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) daripada isterinya kerana memotong kemaluannya.

Menurut portal Detik Jateng, tuntutan wang tersebut sebagai ganti rugi untuk merawat zakarnya.

Peguam mangsa, Aji Mastoto berkata, wang itu akan digunakan untuk kos operasi dan penjagaan kesihatan anak guamnya.

"Selepas kejadian alat kelamin mangsa dipotong, dia perlu menjalani rawatan selama setahun," katanya.

Dalam kejadian di sebuah penginapan di Daerah Jebres Kota Solo di Indonesia pada Mei lalu, si isteri bertindak memotong kemaluan mangsa kerana kecewa dengan lelaki berkenaan.

Tertuduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain