suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertunjukan bertukar tragedi, bomoh maut dipatuk ular tedung

Lelaki ini dipatuk ular ketika membuat persembahan dalam satu majlsi sambutan kemerdekaan.

MAJLIS sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-78 yang disertai seorang bomoh ular bertukar tragedi selepas dipatuk ular tedung.

Menurut portal Serambinews, Rosandi Maulana, 63, dipatuk ular tedung sepanjang 3.5 meter ketika melakukan pertunjukan di hadapan penonton.

Mangsa yang juga dikenali sebagai Bah Kobra dipatuk ular di Desa Cisarua, Jawa Barat, Jakarta di Indonesia, pada Jumaat lalu.

Sejurus selepas dipatuk, dia kelihatan terbaring dan mengalami kesukaran bernafas.

Bah Kobra dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Andrian Saputra iaitu ketua sebuah pertubuhan persaudaraan, Paguyuban Seni Cisarua menyatakan bomoh itu dipatuk ular di bahagian lengan kirinya ketika melakukan pertunjukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain