suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misi kanak-kanak kejut penduduk bangun sahur bertukar tragedi, lari lintang pukang diserang samseng

Geng motosikal menyerang kanak-kanak yang berlegar-legar untuk kejut penduduk bangun sahur. - Gambar hiasan.

SEKUMPULAN geng motosikal bersenjatakan tajam menyerang kanak-kanak yang mengejutkan penduduk untuk bersahur.

Kejadian berlaku di Gang Kramat, Kampung Rengas, Ciputat Timur, Kota Tangerang Selatan, Indonesia, pada Sabtu.

Kanak-kanak yang bangun awal itu berlari ketakutan dan segera bersembunyi di tempat selamat.

Ketua Perhubungan Awam Polis Tangerang Selatan, Ipda Galih, mengesahkan insiden berkenaan.

"Memang benar ada serangan yang dilakukan oleh sekelompok pemuda yang tidak dikenal, sekitar 20 motor yang menunggang (motosikal) bersama," katanya.

Geng tersebut kemudian tiba-tiba menyerang kanak-kanak yang sedang berlegar-legar untuk mengejutkan penduduk untuk bangun sahur.

Kanak-kanak berlari dan bersembunyi di celah lorong-lorong, dan penduduk yang menyedari kejadian itu mengambil tindakan sebelum kumpulan motosikal itu melarikan diri.

"Akibat serangan itu, dua remaja cedera terkena objek tumpul dan melecet terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada serangan geng motosikal," katanya. - MERDEKA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain