suria

Budak 7 tahun dilemaskan dalam air, mayat dirogol sebelum ditinggal dalam timbunan batu

Mangsa dibunuh sebelum dirogol. -gambar sekadar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bukan sahaja dibunuh, malah dirogol dengan kejam.

Mangsa dibunuh dengan cara dilemaskan sebelum memperkosa mayatnya.

Kejadian berlaku dekat Pantai Malalayang, Manado, Sulawesi Utara, pada Selasa lalu.

Susulan itu, seorang suspek dari Kalawat, Minahasa Utara ditahan kerana membunuh.

Difahamkan, suspek merupakan rakan kepada abang mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan dibunuh... mayat dirogol, ditinggal dalam semak

Pegawai polis daerah Sulut, Aipda Hermanus Panila berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang Selasa lalu.

Menurutnya, suspek membawa mangsa ke kawasan kampung baharu Pantai Malalayang.

"Setiba di sana, suspek memaksa mangsa membuka bajunya.

"Mangsa yang enggan diperlakukan demikian kemudian dilemaskan oleh suspek di dalam air sehingga mati," katanya.

Tambah Hermanus Panila, mayat mangsa kemudian disembunyikan dalam timbunan batu.

Bagaimanapun, mayat mangsa ditemukan oleh penduduk setempat sehingga membawa kepada penahanan suspek.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain