suria

Burung merak mengganas gara-gara lihat pantulan sendiri, habis calar BMW

Toby mengganas apabila melihat pantulan diri sendiri. foto Ferrers Centre

SEEKOR burung merak dikurung gara-gara mengganas sehingga menyebabkan kerosakan sebuah kereta BMW.

Toby si burung merak berlawan dengan imejnya sendiri, yang dilihatnya pada kereta mewah itu yang berkilat.

Kejadian yang berlaku menyebabkan kerosakan bernilai ratusan pound.

Kekecohan itu berlaku di Pusat Ferrers di Staunton Harold, di sempadan Leicestershire dan Derbyshire, United Kingdom.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyentuh hati... burung merak setia ekori bangkai pasangan sebelum ditanam

Pemiliknya John Blunt, yang mengendalikan pusat seni dan kraf, sejak itu telah membeli seekor burung merak itu sebagai teman untuk memperbaiki mood haiwan berkenaan.

"Sebuah kereta hitam dicakar teruk olehnya dan dia dilihat melakukannya.

"Dia sedang mematuk pantulan imejnya sendiri, mematuk kereta hitam itu.

"Saya fikir ia adalah perkara biasa jika ia melihat pantulan imej mereka tetapi ia adalah pertama kali buat kami.

"Saya perlu memikul tanggungjawab, dan perlu berdepan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan itu," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain