suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berjanggut bahagia jalin cinta dengan lima kekasih

Jessica diberi nama jolokan 'Jessa wanita berjanggut'.

SEORANG wanita yang mendakwa mempunyai janggut terpanjang di dunia berkata dia kini menikmati fasa terbaik dalam kehidupannya bersama lima kekasih.

Jessica D Czerwinski, 37, atau diberi nama jolokan 'Jessa wanita berjanggut' mempunyai janggut sepanjang 38.1 sentimeter (cm), sekaligus mengalahkan pemegang rekod dunia ketika ini, Vivian Wheeler.

Personaliti televisyen itu kini menjalinkan hubungan cinta dengan lima individu dan telah berkahwin secara sah dengan salah seorang daripada mereka.

Suaminya merupakan seorang pesara tentera marin Amerika Syarikat berusia 71 tahun yang dikenali sebagai Paul.

Di sebalik kehidupannya yang 'indah', Jessica sebenarnya menghidap sindrom ovari polikistik (PCOS) dan fibromyalgia.

Janggut Jessa dikaitkan dengan PCOS dan masalah kesihatan yang lain.

"Kami menyokong satu sama lain dengan sepenuh hati dan mereka adalah sebab saya pulih dan menyesuaikan diri seperti hari ini.

"Mereka adalah segala-galanya bagi saya dan saya berterima kasih kepada mereka dan peminat atas sokongan," ujar Jessica mengenai hubungan. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

wanita berjanggut, PCOS, lima kekasih,

Artikel Lain