suria

Pemburu ditembak anjing ketika dalam perjalanan keluar memburu

Mangsa meninggal dunia akibat luka tembakan yang parah.

PELIK tapi benar.

Seorang pemburu terbunuh akibat ditembak secara tidak sengaja oleh seekor anjing dibawanya.

Kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan pergi memburu apabila anjing tersebut terpijak senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah trak pikap.

Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, terkena peluru daripada senapang yang berada di bahagian belakangnya.

Menurut pejabat Syerif Sumner County, anjing kepunyaan pemilik kenderaan telah terpijak picu sehingga menyebabkan tembakan dilepaskan senjata api terbabit.

Dalam masa sama, pegawai memaklumkan, lelaki berusia 30 tahun itu ditembak mati kira-kira jam 9.47 waktu tempatan pada Sabtu, sebelum pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.

Malah, pasukan kecemasan tiba beberapa minit dan kemudiannya melakukan tindakan menyelamat sebelum mendapati mangsa meninggal dunia akibat luka tembakan yang parah.

Turut difahamkan, mangsa dikenali sebagai Joseph Austin Smith berasal dari Wichita, Kansas, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan masih tidak dapat dipastikan sekiranya orang lain berada di dalam trak berkenaan pada masa itu.

Untuk rekod, kes tembakan tanpa sengaja adalah biasa di negara terbabit berikutan jumlah senjata api adalah lebih banyak berbanding penduduk.

Menurut data rasmi juga, lebih daripada 500 orang meninggal dunia dalam insiden membabitkan senjata api sejak 2021. CBS News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

ditembak, pemburu maut, terpijak picu

Artikel Lain