suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri kedua sedang hamil, suami nikah lagi! Wanita umur 20 tahun seronok jadi isteri ketiga… Kakak-kakak madu hadir bergambar mesra

Kelihatan lelaki ini bergambar bersama ketiga-tiga isterinya dalam majlis tersebut dengan wajah ceria.

HARI bahagia lelaki ini lebih bermakna apabila dua suri hatinya hadir pada majlis pernikahannya dengan isteri ketiga baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik sorang pengguna TikTok, kelihatan lelaki ini sedang bergambar dengan ketiga-tiga isterinya dalam majlis tersebut dengan wajah ceria.

Menurut laporan Wolipop, wanita dikenali sebagai Alqia Zahra, 20, yang merupakan isteri ketiga dalam rumah tangga tersebut memaklumkan dia mengenali suaminya secara tidak sengaja.

“Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan suami mengenali bapa saya.

“Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh,” katanya.

Tangkap layar video menunjukkan suasana majlis perkahwinan.

Bukan itu sahaja, Alqia turut mendedahkan dia mendapat restu daripada dua orang lagi madunya.

Difahamkan juga, isteri kedua suaminya itu sedang hamil namun Alqia menzahirkan rasa kagum dengan kesabaran serta personaliti wanita terbabit.

“Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu.

“Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang yang hebat,” ujarnya lagi.

Bahkan, isteri kedua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lutvi Seftia Rahmat, 21, itu memberitahu dia sudah memberi keizinan kepada suaminya untuk bernikah lagi. -Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain