suria

Cahaya misteri muncul tiba-tiba, penduduk kecoh dakwaan UFO terbang dalam kawasan kampung

Cahaya misteri ini difahamkan menerangi beberapa daerah di India.

CAHAYA misteri yang kelihatan selama beberapa minit di langit beberapa daerah di Bengal Barat, India menyebabkan orang ramai berfikir bahawa ia merupakan objek terbang tidak dikenal pasti (UFO).

Beberapa peminat UFO tempatan mendakwa cahaya misteri itu merupakan kapal makhluk asing, manakala yang lain menganggap ia sekadar satelit yang melintas di langit.

Dalam pada itu, pihak berkuasa percaya fenomena yang berlaku pada 15 Disember itu terhasil daripada ujian roket oleh tentera dari Teluk Bengal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentagon terima banyak laporan tentang UFO, akui belum jumpa bukti sebenar kewujudan alien

Media tempatan melaporkan bahawa objek itu berkemungkinan peluru berpandu balistik antara benua dikenali sebagai Agni-5 yang yang telah diuji pada Oktober 2021.

Kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas bulatan hitam yang tidak dapat dijelaskan dikesan di langit Sentosa, Singapura pada waktu petang dan menerangi bandar dengan cahaya luar biasa.

Pengulas mempunyai banyak persepsi tentang fenomena pelik tersebut seperti penampakan UFO.

Namun, ramai berpendapat teori ini terlalu aneh dan mencadangkan bahawa ia mungkin hanya burung yang sedang berhijrah ke tempat yang lain. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

UFO, fenomena pelik, makhluk asing

Artikel Lain