suria

Pentagon terima banyak laporan tentang UFO, akui belum jumpa bukti sebenar kewujudan alien

Pentagon terima ratusan laporan mengenai UFO.

PEJABAT Pentagon yang ditubuhkan untuk menjejaki objek terbang tidak dikenali (UFO) telah menerima ratusan laporan baharu mengenainya.

Namun sehingga kini, tiada bukti dapat diberikan mengenai kehidupan makhluk asing, kata kepimpinan agensi itu kepada pemberita.

Pejabat Resolusi Anomali Semua-domain (AARO) telah ditubuhkan pada bulan Julai dan bertanggungjawab untuk menjejaki UFO di langit.

Pada masa sama, mereka turut menjejaki pergerakan UFO di bawah air, di darat atau objek berpotensi yang mempunyai keupayaan untuk bergerak dari satu domain ke domain seterusnya.

Pejabat itu ditubuhkan berikutan pemerhatian ke atas UFO selama lebih setahun oleh juruterbang tentera.

Namun kadang-kala mereka enggan melaporkannya kerana takut akan stigma, kata Pentagon lagi.

Pada Jun 2021, Pejabat Pengarah Perisikan Negara melaporkan bahawa antara 2004 dan 2021, terdapat 144 penemuan sedemikian.

Sejak itu, kami mempunyai lebih banyak laporan, kata pengarah pejabat anomali Sean Kirkpatrick.

Apabila diminta untuk mengukur jumlah itu, Kirkpatrick berkata ia mencecah sehingga ratusan kes. - The Guardian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

UFO, pentagon, makhluk asing, penemuan UFO

Artikel Lain